PUSAT TAHFIZ AL-QURAN & PENGAJIAN PONDOK

RAUDHAH AL-MALIK

No Rujukan Kelulusan MAIK : MAIK.D231/p/706/10-12(9).
MAIK.D231/PK/105/2020-5(2)
No Rujukan Kelulusan MDPM D582/04/431/331/2019 (16)

MAKAM TOK PULAU MANIS

Syeikh Abdul Malik atau lebih dikenali sebagai Tok Pulau Manis dilahirkan di Kampung Pauh, Hulu Terengganu pada tahun 1650an, berketurunan Sharif Mohammad Al-Baghdadi @ Raja Mandalika, penulis Batu Bersurat Terengganu. Sharif Mohammad Al-Baghdadi ialah seorang Ahlul Bait berketurunan dari Saidina Hassan ra. Tok Pulau Manis merupakan Tokoh Ulung Ulama’ Malaysia dan merupakan penulis Kitab Hikam Melayu, terjemahan dari Kitab Hikam Ibnu Athai’llah yang mahsyur itu. Kitab Hikam Melayu telah menjadi kitab rujukan kebanyakan pondok-pondok di Malaysia sejak zaman beliau. 

KITAB HIKAM

Kitab Al-Hikam adalah buah karya Syeikh Ibnu Atha’illah, mursyid ketiga dari Thariqah Syadziliyah. Al-Hikam adalah sebuah kitab yang diperuntukkan bagi para pejalan (salik), yang di dalamnya berisi panduan lanjut bagi setiap pejalan untuk menempuh perjalanan spiritual. Al-Hikam berisi pelbagai terminologi suluk yang ketat, yang merujuk kepada pelbagai istilah di dalam Al-Qur’an.

TUJUAN PEMBINAAN MADRASAH

Madrasah ini dibina oleh waris keturunan Tok Pulau Manis yang berada di Pasir Mas, Kelantan. Tujuan pembinaan madrasah ini adalah untuk mengembalikan semula warisan keilmuan Tok Pulau Manis dan menyampaikan ilmu ini kepada anak bangsa untuk dimanfaatkan dan diteruskan kepada generasi akan datang.

FASA PEMBINAAN

Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah (infaq), ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Maha Mengetahui.” 

(Al-Baqarah: 261).

DANA DIPERLUKAN UNTUK MENYIAPKAN MADRASAH BAGI MENERUSKAN TRADISI KEILMUAN PUSAT TAHFIZ & PENGAJIAN PONDOK

Tekan sini untuk sumbangan

Sumbangan dari RM 1 hingga RM 30,000

Pulsating Image

Sesungguhnya aku (Nabi Muhammad SAW) telah meninggalkan kepada kamu thaqalain (dua perkara yang berat), padanya terkumpul Cahaya Petunjuk.
(Pertamanya) Berpeganglah dengan Kitab Allah Ta’ala dan teguhkan pendirian kalian dengannya.
Dan (keduanya) keluargaku, aku mengingatkan kalian kepada Allah perihal keluargaku, aku mengingatkan kalian kepada Allah perihal keluargaku, aku mengingatkan kalian kepada Allah perihal keluargaku”.

Riwayat Ahmad (18464)

Contact Us

Office Hours

× WS untuk pertanyaan